KOTA BHARU: Seorang penternak lembu dan pembantunya menarik nafas lega apabila mereka dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas tiga pertuduhan iaitu mengedar dadah jenis methamphetamine dan heroin serta memiliki senjata api.
Hakim Datuk Mohamad Abazafree Mohd Abbas membebaskan Wan Marzuki Wan Daud, 59, dan Naim Azmi, 37, setelah mendapati pihak pendakwaan gagal menimbulkan kes prima facie terhadap mereka di akhir kes pendakwaan.
Mohamad Abazafree dalam alasan penghakiman berkata beberapa isu dipertimbangkan antaranya berkaitan bukti deoksiribonukleik (DNA), kunci rumah dan pemilikan sebuah kenderaan yang diletakkan di hadapan rumah disewa oleh Wan Marzuki.
"Pelbagai sampel DNA juga diambil, namun tiada keterangan yang menunjukkan DNA mereka ditemukan ke atas dadah atau senjata api.
"Oleh itu, mahkamah melepas dan membebaskan kedua-dua tertuduh tanpa dipanggil membela diri," katanya.
Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, kedua-dua lelaki itu didakwa bersama-sama mengedar 749.5 gram methamphetamine dan 87.8 gram heroin di sebuah rumah di Taman Pinggiran Atira 3, belakang Sekolah Menengah Kok Lanas, Mahang Barat, di sini pada 12.50 tengah malam, 25 Feb 2019.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39B (2) yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan dikenakan 15 kali sebatan, jika sabit kesalahan.
Mereka juga didakwa bersama-sama ada dalam milikan sepucuk pistol jenis Revolver di tempat dan tarikh sama lebih kurang pukul 12.10 tengah malam mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Aida Fatimah Abd Jabar manakala Wan Marzuki diwakili peguam J.Matthews dan Naim diwakili peguam Datin Norah Abu Bakar.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 21 2024
Seorang penternak lembu dan pembantunya, Wan Marzuki Wan Daud, dan Naim Azmi dibawa ke Mahkamah tinggi bagi mendengar keputusan berhubung pertuduhan mengedar dadah serta memiliki senjata api dihadapi mereka. - Foto Bernama
Siri kelak boleh rumus notifikasi pada iPhone - dengan sokongan integrasi AI
Siri juga kelak boleh meringkaskan sesuatu berita, melakukan transkrip untuk memo suara, serta penambahbaikan pada gambar yang dirakam.
Lawatan Tiga Negara: Berjaya jana potensi pelaburan, perdagangan lebih RM2.1 bln - PM Anwar
Kunjungan ke Kyrgyzstan, Kazakhstan dan Uzbekistan berjaya menjana potensi pelaburan dan perdagangan sekurang-kurangnya berjumlah lebih RM2.1 bilion, ia bakal memanfaatkan pertumbuhan ekonomi Malaysia.
Radang Paru-Paru: Raja Salman jalani rawatan di Jeddah
Raja Salman akan menjalani program rawatan untuk radang paru-paru di Istana Al Salam di Jeddah, pada Ahad.
PAS kutuk ugutan bunuh terhadap Teresa Kok
PAS mengutuk keras insiden ugutan bunuh melalui surat terhadap Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok Suh Sim, pada Sabtu.
THSS: Datin Alyah tarik diri, Putera & Stacy kekal beraksi
Masih kekal ditangga tiga teratas, minggu ini Aepul Roza berjaya merampas kedudukan Ayda Jebat sebagai juara mingguan selepas mendapat markah 90.40 dan berjaya membawa pulang Anugerah The Hardest of The Night serta wang tunai RM2,000.
Dua maut, lima hilang bot dan kapal bertembung
Dua orang terbunuh dan lima lagi hilang selepas sebuah bot bermotor kecil bertembung dengan sebuah kapal persiaran di Sungai Danube di utara Budapest lewat Sabtu.
Serpihan komet melalui langit Portugal dan Sepanyol
Rakaman sebuah kamera keselamatan menunjukkan serpihan komet terang melalui langit di bandar Braga Portugal pada malam Sabtu.
Lapan pasangan kembar belajar sekolah sama
Persamaan dimiliki kembar tersebut sering kali mengelirukan guru-guru dan kadangkala mereka tersilap menghukum salah seorang pasangan kembar.
Nahas Helikopter: Cuaca buruk sukarkan operasi SAR Raisi
Persatuan Bulan Sabit Merah Azerbaijan berkongsi rakaman menunjukkan pasukan penyelamat sedang bertungkus-lumus dalam operasi mencari dan menyelamat nahas yang melibatkan presiden Iran Ibrahim Raisi.
Rakyat Iran solat hajat mohon kesejahteraan Raisi
Orang ramai berkumpul di ibu negara Iran, Tehran bagi bersama-sama bersolat dan berdoa susulan insiden nahas helikopter yang melibatkan Presiden Ebrahim Raisi di barat laut negara itu.
Penternak lembu, pembantu bebas tuduhan edar dadah, miliki senjata api
Seorang penternak lembu dan pembantunya dilepas dan dibebaskan atas tiga pertuduhan iaitu mengedar dadah dan memiliki senjata api.
Lembu ditemui mati diracun di Machang
Penternak menyedari kejadian itu selepas menjumpai biji-biji berwarna putih, dipercayai baja, yang digunakan untuk meracuni ternakannya.
Banjir: Penternak risau keadaan lembu, berenang jalan terakhir
Mohd Riduan Ismail, 44, yang juga seorang pesara tentera, khuatir lembu-lembunya yang ditinggalkan itu akan lemas ditempat ia ditambat.
Tiga individu direman bantu siasatan kejadian tembak penternak lembu
Polis Kedah menahan tiga individu bagi membantu siasatan kejadian tembak dan tetak mati seorang penternak lembu di di Estate Kongsi 14, di Jalan Bukit Selambau.
Penternak lembu ditemukan mati dipercayai ditikam, ditembak
Mangsa berusia 38 tahun dikatakan sedang dalam perjalanan pulang ke rumahnya yang terletak tiga kilometer dari kandang lembu miliknya.
Cubaan larikan lembu Brahman naik Honda Civic gagal
Dalam kejadian jam 3.15 pagi itu, suspek cuba melarikan lembu dari kandang dekat Jalan Sungai Lokan, Butterworth, namun disedari pemilik kandang selepas terdengar salakan anjing di kawasan berkenaan.
Penternak 'lembu sado' tolak tawaran RM30,000
Dua penternak 'lembu sado' mendedahkan kaedah penjagaan rapi terhadap haiwan peliharaan mereka, termasuk memandikan lembu sebanyak empat kali sehari.
Penternak lembu nyaris maut ditembak
Seorang penternak lembu nyaris maut selepas ditembak ketika memandu lori yang sarat dengan muatan makanan lembu, di Sungai Division, Bukit Selambau.